Dikenali sebagai pak sako merupakan seorang penulis yang bergiat menulis sekitar tahun 1930-an sehinggan 1950-an. Ishak Haji Muhammad dilahirkan pada 14 November 1909 di kampung bukit seguntang, temerloh, Pahang. Mendapat pendidikan awal di sekolah laki-laki temerloh atau kini dikenali sebagai sekolah kebangsaan kampung tengah Pada tahun 1919. beliau telah melanjutkan pelajaran ke sekolah inggeris Clifford, kuala lipis pada tahun 1924 hingga 1928. Nama pak sako bukanlah satu nama asing bagi Negara kita terutama bidang kesusasteraan. Nama ini adalah suatu nama jolokan kepada nama Isako-san yang dipanggil oleh orang-orang jepun ketika itu. Pak sako juga dikenali dengan nama samara yang lain antaranya seperti Anwar, Hantu Raya, Isako San dan Pandir Moden. Merupakan seorang nasionalis Negara pada masa itu telah membuatkan pak sako mempunyai banyak penulisan yang berkiatan dengan penentangan penjajah. Kelibatnay bermual pada era sebelum kemerdekaan dan pascamerdeka. Gagasan yang ingin diperjuangkan oleh pak sako ialah mengenai penyatuan Melayu Raya yang mana Indonesia, Malaysia, dan Brunie disatukan dalam satu serumpun. Sebagai menghargai jasa dan sumabangan beliau, Universiti Malaya telah menganugerahkan kepadanya Ijazah Kehormat Doktor Persuratan pada 29 Jun 1973. Pada 29 Mei 1976, Pak Sako telah menerima anugerah “pejuang sastera; daripada perdana menteri. Perjuangan beliau terhenti apabila beliau meninggal dunia pada 7 November 1991.