Tun Dato Sri Tan Cheng Lock dilahirkan pada 5 april 1883 merupakan seorang pemimpin politik persatuan cina tanah melayu yang merupakan presiden pertama persatuan cina tanah melayu (MCA) pada tahun 1949. Selama 40 tahun. Tan memberikan pimpinan dan berjuang untuk politik, pendidikan, dan kebajikan masyarakat orang-orang cina di tanah melayu. Dalam perjuangannya beliau mempergunakan arena-arena politik dan ekonomi. Dilahirkan di Jalan Heeren, Melaka, Tan ialah anak ketiga dalam sebuah keluarga yang terdiri daripada tujuh adik beradik. Pada tahun 1899, beliau memporeh pendidikan inggeris di sekolah tinggi Melaka dan kemudiannya di institusi Raffles di singapura. Selepas persekolahan, Tan telah bertugas sebagai seorang guru selama enam tahun sebelum meletakkan jawatannya sebagai guru untuk menjadi penolong pengurus di lading getah bukit kajang berhad. Tan membawa MCA ke Konvensyen kebangsaan yang ditajai oleh UMNO pada 23 ogos 1953, dan sebuah perjanjian kerjasama dimenterai antara UMNO dan MCA dengan persefahaman untuk mencapai kemerdekaaan melalui cara yang aman. Cita-cita Tan untuk memperoleh taraf kewargenegaraan untuk orang-orang cina di tanah melayu dicapai ketika UMNO menerima cadangan itu dan memasukkannya dalam memorandum Parti Perikatan kepada suruhanjaya Reid yang ditugasi untuk menulis perlembagaan persekutuan. Tan telah meninggal dunia pada 13 Disember 1960 di Hospital Besar Melaka akibat sakit jantung ketika berumur 77 tahun.